Jumaat, 20 Julai 2012

Mencari Tautan Kasih




  Ramai orang beranggapan bahawa tautan kasih dan rindu hanya kepada ibu bapa , guru-guru , kekasih dan sebagainya . Akan tetapi berapa ramai manusia lupa akan cinta dan tautan kasih kepada tuhannya . Lebih malang lagi jika kita terkapai-kapai mencari tautan kasih yang sebenar namun kita tenggelam ditelan ombak sebelum sempat menggapainya . Jika kita kata kita kasih kepada ibu bapa nescaya kita akan menjaga mereka , jika kita kata kita sayangkan guru-guru kita ,sepastinya kita memberi hadiah ketika hari guru , dan jika kita cinta pada kekasih kita , nescaya kita akan selalu berhubung dengan mereka . Persoalannya adakah ini tautan kasih yang sebenarnya? mungkin benar...mungkin sebaliknya . Oleh itu teruskan membaca dan meneliti kaedah dan panduan supaya kita benar-benar mendapat tautan kasih.

   Untuk mencari tautan kasih bukan suatu perkara yang mudah . Hanya orang yang mengenalinya sahaja akan mendapatnya . Ingatlah bahawa kita dijadikan daripada segengam tanah yang ditiupkan roh oleh allah swt , ada juga berpandangan bahawa manusia dijadikan daripada air mani . Oleh itu , kita sewajarnya ingat bahawa ada kuasa yang menjadikan kita iaitu hanya allah swt . Apabila kita dilahirkan di dunia ini , kita lupa untuk mengucap kalimah syukur kepadanya . Seringkali kita ingkar dan takabbur dengan nikmat dan kesenangan hidup selama ini . Kita sering kali ungkapkan bahawa aku mempunyai rumah yang tersergam indah hasil usaha titik peluh aku sendiri . Tapi kita lupa bahawa yang memberikan semuanya itu hanyalah allah swt . Tetapi berapa ramai manusia yang mencari dunia sehingga lupa akhirat . Tidak salah mencari dunia tapi jangan kita lupa akhirat . Contoh mudah dan ringkas dapat kita simpulkan . Hari ini ramai manusia yang berpangkat besar dan berkereta mewah , namun berapa ramai manusia yang melakukan solat berjemaah di masjid mahupun surau . Ada manusia yang mengatakan nantilah aku masih muda , "nanti masa tua aku buatlah ibadat" . Namun mereka lupa bahawa adakah kamu dapat menjamin bahawa kamu akan hidup pada keesokan harinya .

Firman Allah swt dalam al-quran :
Dan kehidupan dunia ini hanya senda  gurau dan permainan . dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya , sekiranya mereka mengetahui. (Surah al-ankabuut : Ayat 64)

    Kekuatan ummat islam bergantung kepada bilangan makmum solat berjemaah di masjid . Orang kaya tidak mahu mengeluarkan zakat pada hari ini . Persoalannya kenapa hal ini berlaku? . Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan harta yang mereka usahakan selama ini merupakan usaha mereka sendiri . Allah swt berkuasa menarik balik kekayaan seseorang jika allah swt menghendakinya . Oleh itu jadilah kita orang yang selalu menjunjung titah perintah allah swt untuk mendapatkan tautan kasih .

   Begitu juga , pernahkan kita berfikir bahawa rata-rata orang di luar sana lebih susah daripada kita walaupun kita sering mengeluh kepada allah swt akan nikmat yang diberi selama ini . Jika kita ragu-ragu untuk memberi sedekah ingatlah bahawa jika kita menolong orang lain nescaya allah akan menolong kita . Mungkin kita berada dalam zon selesa selama ini , kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba kemewahan . Tetapi saudara kita di Somalia , Afrika , Iraq , Palestin dan sebagainya berada dalam ketakutan , kelaparan dan kesakitan . Jangan kita sayang dan kedekut dengan rezeki yang allah swt berikan kepada kita selama ini . Jadilah hambanya yang bersyukur dari segi percakapan dan disusuli dengan perbuatan.

Firman Allah swt dalam al-quran :

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mamaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur ,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari ( nikmatku),maka pasti azabku sangat berat.  (Surah Ibrahim : Ayat 7)

    Selain itu , ramai orang cintakan girlfriend . Namun sejauh mana kasih kepada kedua ibubapanya . Apabila kita cinta akan kekasih kita pasti kita akan menunaikan hajatnya , namun kita melontarkan 1001 alasan apabila ibu kita menelefon supaya pulang ke kampung halaman setelah sekian lama berjauhan . Sedangkan kita tahu bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu . Ibu membelai dan mengusap kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh akan tetapi apabila kita dewasa dan berjaya kita membiarkan mereka keseorangan di kampung . Lebih membimbangkan lagi , ramai anak menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan dengan alasan yang tidak munasabah . Allah swt kasih dan sayang kepada hambanya yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya. 

   Sekadar itu sahaja buat kali ini . Akhirnya carilah tautan kasih di mana-mana kerana ianya pasti dekat dengan kita . Oleh itu , wahai insan perbaikilah diri kita untuk mendapatkan tautan kasih yang sebenar.Wassalam...